Monday, July 5, 2010

Bangkitlah Dari Kegagalan....

Menyingkap perjalanan hidup susah semestinya setiap di antara kita mempunyai pelbagai persimpangan dan adakalanya ia menyukarkan kita mencapai matlamat diimpikan.Lebih memeritkan lagi,apabila berlakunya kegagalan.Kegagalan menjadi satu perkara yang menakutkan semua orang sehinggakan ada seseorang itu berputus asa bagi meneruskan kehidupan.Bahkan ada segelintir di antara kita sanggup membunuh diri kesan dari penangan kegagalan.Kegagalan menjadikan seseorang itu tidak berani berhadapan dengan hakikat hidup.Hidupnya umpama sudah ke penghujung dan semuanya telah berubah menjadi gelap gelita.
Hakikatnya,faktor kegagalan ini perlu dilihat dengan minda yang positif.Dengan berpandukan minda positif kita dapat membina semula keyakinan diri untuk memperbaiki kelemahan diri serta bangkit semula.Tidak bererti kegagalan adalah pemusnah kepada kehidupan sebaliknya ia adalah sekelumit pengalaman serta pengajaran supaya kita sentiasa sedar dan bermuhasabah diri dalam keadaan apa sekalipun.
Apa pun ia mesti bertitik tolak dengan kegagalan,barulah kita dapat mengecap kejayaan.Bukan hanya sekali,malah beberapa kali sehingga ada yang sudah diisytiharkan muflis,tetapi bangkit semula.Ini kesan daripada minda yang betul.Sentiasa berfikiran positif pada kegagalan.

No comments:

Post a Comment