Friday, July 9, 2010

Elakkan Kafir-Mengkafir Sesama Muslim...

Persoalan kafir dan sesat bukanlah persoalan kecil,ia membabitkan hukuman terhadap akidah seseorang.Walaupun sesat,bukan semestinya menjadi kafir,tetapi itu pun tetap berat di sisi Allah.Berikut beberapa ulasan dalam hal berkaitan ;
  1. Seseorang yang zahirnya Muslim,hendakalah dianggap kekal atas keislamannya sehingga terbukti secara yakin bahawa telah terbatal akidahnya.Ini atas kaedah syarak"Perkara yang yakin tidak boleh dihilangkan oleh syak" .Dalam erti kata lain,syak tidak boleh menghapuskan yakin.Oleh kerana pada keyakinan asal kita seseorang itu Muslim dan tidak boleh keislamannya dibatalkan disebabkan hanya sesuatu perkara yang tidak pasti atau syak.
  2. Menuduh orang lain dengan tuduhan kafir atau sesat adalah dosa yang besar.Jika kita tidak tahu bahawa seseorang tidak kafir,sesat atau fasik,atau menuduh dirinya yang tidak fasik itu sebagai fasik,maka tuduhan itu kembali kepada yang menuduh.Sabda Nabi SAW : "Sesiapa yang memanggil orang lain dengan 'kafir' atau 'musuh Allah'sedang dia tidak begitu,maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)".(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  3. Namun begitu,kita juga hendaklah sedar,di sana ada batas-batas iman dan kufur.Ini seperti sesiapa yang dengan jelas tanpa sebarang andaian lagi menghina Allah dan Rasul-Nya,maka dia terkeluar dari Islam.Demikian juga jika dia menentang secara jelas tanpa sebarang andaian lagi apa yang ditetapkan oleh Allah dengan jelasnya seperti pengharaman arak,judi,zina dan seumpamanya.Sesiapa yang menghalalkan perkara-perkara tersebut atau menentang pengharaman perkara-perkara tersebut dari segi hukum agama,dalam keadaan sedar dan faham maka dia terkeluar dari Islam.
  4. Namun kita hendaklah berhati-hati apabila menghukum seseorang dengan hukuman murtad atau kufur atau sesat atau seumpamanya.Ini kerana hukuman umum tidak sama dengan hukuman khusus.Hukum umum menghina hukum Islam yang jelas seperti azan membawa murtad,tetapi individu tertentu yang menghina tidak boleh terus dihukum murtad.Hendaklah dilihat keadaannya,maksud ucapannya,kefahamannya dan berbagai latar yang lain.Mungkin dia tidak bermaksud,mungkin dia tersasul,mungkin dia jahil dan seumpamanya.Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) "Sesungguhnya ucapan yang menjadikan seseorang itu kufur ialah seperti mengingkari kewajipan solat,zakat,puasa dan haji.Namun pengucapan itu mungkin kerana khitab (ajaran yang betul dalam perkara tersebut) tidak sampai kepadanya.Jika perkara itu berlaku,dia tidak dianggap kafir.Contohnya,golongan yang baru menganut Islam dan hidup di daerah pedalaman yang jauh sehinggakan syariat Islam tidak sampai kepadanya."(Majmu'at al-Fatawa,jil : 2,ms : 220).
Rumusannya,kita hendaklah warak dalam masalah ini.Jangan terpengaruh dengan golongan yang fanatik yang suka menghukum orang lain dengan hukuman kafir dan sesat atas kepentingan tertentu.

Ulasan :
Dr.Mohd Asri..

Monday, July 5, 2010

Bangkitlah Dari Kegagalan....

Menyingkap perjalanan hidup susah semestinya setiap di antara kita mempunyai pelbagai persimpangan dan adakalanya ia menyukarkan kita mencapai matlamat diimpikan.Lebih memeritkan lagi,apabila berlakunya kegagalan.Kegagalan menjadi satu perkara yang menakutkan semua orang sehinggakan ada seseorang itu berputus asa bagi meneruskan kehidupan.Bahkan ada segelintir di antara kita sanggup membunuh diri kesan dari penangan kegagalan.Kegagalan menjadikan seseorang itu tidak berani berhadapan dengan hakikat hidup.Hidupnya umpama sudah ke penghujung dan semuanya telah berubah menjadi gelap gelita.
Hakikatnya,faktor kegagalan ini perlu dilihat dengan minda yang positif.Dengan berpandukan minda positif kita dapat membina semula keyakinan diri untuk memperbaiki kelemahan diri serta bangkit semula.Tidak bererti kegagalan adalah pemusnah kepada kehidupan sebaliknya ia adalah sekelumit pengalaman serta pengajaran supaya kita sentiasa sedar dan bermuhasabah diri dalam keadaan apa sekalipun.
Apa pun ia mesti bertitik tolak dengan kegagalan,barulah kita dapat mengecap kejayaan.Bukan hanya sekali,malah beberapa kali sehingga ada yang sudah diisytiharkan muflis,tetapi bangkit semula.Ini kesan daripada minda yang betul.Sentiasa berfikiran positif pada kegagalan.

Sunday, June 27, 2010

Hati Yang Telah Kau Sakiti....

jangan pernah katakan bahwa
cintamu hanyalah untukku
kerna kini kau tlah membaginya
maafkan jika memang kini
harusku tinggalkan dirimu
kerana hatiku selalu kau lukai
tak ada lagi yang bisa
ku lakukan tanpamu
ku hanya bisa mengatakan apa yang kurasa...
ku menangis...
membayangkan betapa kejamnya dirimu atas diriku
kau duakan cinta ini
kau pergi bersamanya
ku menangis...
melepaskan kepergiaan dirimu dari sisi hidupku
harus slalu kau tahu
akulah hati yangtelah kau sakiti......

Friday, June 25, 2010

perlu ke aku sakit hati???

kenapa perlu aku sakit hati??padahal mereka hepy je...tp kenapa aku perlu sakit hati??
hina sangat ke aku sampai mereka tergamak bandingkan aku ngan org lain??mulia sangat ke mereka ni??mereka gelakkan aku...aku sedih...sekasar mane pon luaran aku ini,aku masih seorang perempuan...aku cuba untuk berubah menjadi lebih baik...perlu ke aku sakit hati???ya Allah,tolonglah hambamu yang lemah ini...aku x sanggup berhadapan ni semua....tolonglah hambamu yang lemah ni..sesungguhnya Kau lah yang maha mengetahui isi hatiku dan mengetahui segalanya....aku memohon kepadamu ya Allah.....................................

Tuesday, June 22, 2010

bkenalan dgn lebih lanjut...

facebook : eman_emogurlz@yahoo.com

salam perkenalan.......

hai...i'm a new person in dis blog...i juz want 2 say tq 2 my sis coz teach me hw 2 create dis blog...hehehehe...